Prosedur ePenyata Gaji Dan eLaporan JANM

Perhatian! Berikut adalah prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan yang disiarkan di portal rasmi JANM bertarikh 23 Februari 2016.

Prosedur ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan.

Tujuan hebahan prosedur ini adalah untuk:

  1. Memaklumkan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)
  2. Menerangkan peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mencetak atau memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan dari Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  3. Menerangkan tempoh penyimpanan maklumat di Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)
  4. Menjelaskan kerahsiaan maklumat di Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)

ePenyata Gaji dan eLaporan

Berikut adalah peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ):

  1. Ketua PTJ perlu melantik pegawai di PTJ untuk mencetak atau memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan melalui Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).
  2. Pegawai yang dilantik perlu memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan melalui Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) dan menyimpannya untuk salinan pejabat secara bercetak atau softcopy.
  3. Pegawai yang dilantik atau dibatal autoritinya perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Perakaunan masing-masing bagi mendapatkan/ membatalkan akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).
  4. Permohonan perlu dibuat melalui Borang SP/ANM/3/2010/01 – Borang Permohonan Akses/ Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dalam Menu Muat Turun Borang-borang di Portal JANM.
  5. Tatacara Penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) boleh dimuat turun di di Portal JANM.
  6. Pegawai yang dilantik perlu memperbaharui tempoh sah peranan setiap 3 bulan sekali.
  7. Menghubungi Pentadbir Sistem Pejabat Perakaunan jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).

Untuk makluman, pengguna boleh memuat turun dokumen daripada eSPGL dalam tempoh berikut:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan
  3. 4 bulan terkini bagi Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan

Perlu diingatkan, setiap pengguna yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

JANM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang dimuat turun.

Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan.

Penutup

Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan arahan ini dipatuhi. Sebarang pertanyaan berkenaan panduan ini boleh dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Leave a Comment

Gaji Tak Cukup? Belajar Cara Buat 4 Angka Seminggu di ShopeeDownload Ebook
+ +