Panduan Beli Rumah Supaya Tak Rasa Terbeban Bayar Bulanan

Berikut kami kongsikan panduan beli rumah pertama anda.

Selain kenderaan, perkara kedua yang setiap orang ingin miliki ialah sebuah rumah sebagai tempat perlindungan ahli keluarga. Namun beli rumah tak semudah beli kereta. Banyak benda yang perlu diteliti.

Untuk makluman, pihak bank perlukan slip gaji anda sebelum memohon sebarang pinjaman perumahan. Penyata bank tidak terpakai melainkan anda bayar cukai pendapatan atau mencarum KWSP.

Panduan Beli Rumah Pertama

Panduan ini dikongsikan oleh Norizan Bin Sharif

1. Rule of 28

Bayaran bulanan beli rumah tak lebih 28% peratus pendapatan kasar suami-isteri. Kalau dapat 28% dari gaji bersih, lagi baik.

Kalau pendapatan bulanan suami-isteri RM10,000, bayaran bulanan tidak lebih RM2,800.

2. Rule of 33

Kesemua bayaran bulanan berkaitan pembelian rumah (bayaran bulanan, insuran, cukai dan lain-lain), tidak melebihi 33% pendapatan.

Bagi pasangan berpendapatan RM10,000 sebulan, bayaran bulanan tidak lebih RM3,300.

3. Sekiranya anda bercadang buat renovation rumah (di dalam dan di luar), campur kos pinjaman itu dan pastikan ia tidak lebih 33% pendapatan bulanan, mengikut Rule of 33 di atas.

4. Beli rumah tidak lebih 30 bulan pendapatan bulanan. Dalam contoh pendapatan di atas, harga rumah tidak lebih RM300,000.

5. Sekiranya anda beli kenderaan mahal atau ada pelbagai hutang (contoh hutang pendidikan) dan komitmen kewangan lain, kemampuan anda membeli rumah berkurangan dari kadar di atas. Buat penyesuaian.

6. Walaupun pembeli perlu berikan 10% deposit untuk beli rumah, pastikan anda ada 20% tunai dari harga ini. Baki 10% ialah untuk bayar pelbagai yuran dan caj berkaitan pembelian rumah tersebut.

7. Walaupun bank perlukan 10% down-payment, saya sarankan anda bayar 20% untuk rendahkan bayaran bulanan.

8. Sekiranya anda sedang menyewa rumah dan pendapatan anda “cukup-cukup” saja, tangguhkan pembelian rumah. Apabila beli rumah, anda tak boleh lari lagi (dan mungkin rumah kena lelong). Kalau menyewa, boleh berpindah ke rumah lebih murah jika ada kekangan kewangan (contoh, gaji tak cukup sebab anak masuk sekolah menengah atau universiti, atau keluarga sakit).

9. Anda mungkin layak buat pinjaman perumahan tetapi belum tentu anda mampu beli rumah. Bezakan antara eligibility (kelayakan) dan affordability (kemampuan). Ambilkira pelbagai faktor sebelum beli rumah.

10. Apa yang disebutkan ini ialah rule of thumb, sebagai panduan. Ambilkira pelbagai faktor seperti komitmen kewangan lain kepada keluarga (anak bersekolah, ibubapa). Kalau anda mampu sekadar “cukup-cukup” saja, cari alternatif lain. Usah tergesa-gesa nak beli rumah.

Leave a Comment

Gaji Tak Cukup? Belajar Cara Buat 4 Angka Seminggu di ShopeeDownload Ebook
+ +