Jadual Gaji 2018: Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam

Berikut adalah jadual gaji 2018 dan juga tarikh pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam seluruh Malaysia.

Untuk makluman, jadual ini adalah jadual rasmi dari Jabatan Akauntan Negara.

Bagi anda yang ingin mencetak slip gaji, sila login ke sistem ePenyata Gaji JANM.

Jadual Gaji 2018 & Tarikh Pembayaran Bulanan

Kepada semua penjawat awam dan pesara Kerajaan, bonus bulan Januari sudah pun dikreditkan ke akaun masing-masing.

Baki bonus akan dimasukkan pada 7 Jun sempena bayaran khas hari raya Aidilfitri.

Untuk jadual gaji bulanan, sila rujuk tarikh gaji 2018 di bawah:

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis); Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis); Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31 (Khamis) Mei 2018
  • Jun – 7hb (Khamis); Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa); Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis); Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
  • Disember – 24hb (Isnin); Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)

Bagi penjawat awam yang baru bekerja dan ingin membeli rumah, anda bertuah kerana Kerajaan menyediakan perumahan Penjawat Awam atau PPA1M khas untuk anda.

Proses Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Pembayaran gaji perlu mematuhi jadual gaji 2018 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Pembayaran gaji seperti sedia maklum adalah melalui sistem gaji berkomputer. Berikut dikongsikan prosedur pembayaran gaji bulanan penjawat awam.

Hal-hal berkaitan pembayaran gaji diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ). Antara tugas mereka ialah:

  • Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  • Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh gaji yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
  • Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.
  • Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
    – butiran peribadi;
    – nombor akaun bank; dan
    – nombor rujukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
    – nombor rujukan Cukai Pendapatan;
    – nombor rujukan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.

Perlu diingatkan, kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat yang betul boleh menyebabkan:

  • potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
  • menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), Kementerian/ Jabatan dan Pejabat Perakaunan boleh merujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u/p: Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Telefon : 03-8882 1624/1612/1622/1611

Leave a Comment