Tarikh Chinese New Year 2019 / 2020 (Malaysia Public Holiday)

Bilakah tarikh Chinese New Year 2019?

Sambutan Chinese New Year atau Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang meliputi 24% penduduk di negara ini.

Perayaan ini menandakan permulaan tahun baru bagi masyarakat Cina — sama seperti umat Islam menyambut Maal Hijrah.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Menurut lagenda, suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya namun hanya 12 binatang tersebut yang hadir.

Sebagai penghargaan, kesemua 12 binatang diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Sambutan Tahun Baru Cina

Jika dibaca sejarah, Chinese New Year bermula beribu-ribu tahun dahulu setelah masyarakat Cina berjaya menewaskan makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ yang membuat huru-hara di Tanah Besar China dengan cara melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Kebiasaannya sebelum sambutan Tahun Baru Cina bermula, saudara mara akan berkumpul untuk mencuci rumah dan segala hutang akan dikutip / dibayar supaya mereka tidak dibebani hutang sepanjang tahun baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Tarikh Chinese New Year 2019

Chinese New Year merupakan cuti umum (public holiday) di Malaysia.

Selalunya tempoh cuti adalah dua hari — bergantung kepada agensi / tempat kerja masing-masing.

Bagi tahun 2019, cuti Chinese New Year adalah pada 5 & 6 Februari.

Rujukan: Portal Penyata Gaji Online

 

Leave a Comment

Diskaun RM120 Untuk Booking Mana-Mana Homestay di AirbnbDaftar Sekarang
+ +