Tarikh Bayaran Bonus Raya Penjawat Awam 2018

Ramai penjawat awam masih tertanya-tanya tentang bayaran khas Aidilfitri.

Ada yang masih keliru bila agaknya tarikh pembayaran bonus raya penjawat awam walaupun pada pembentangan Bajet 2018 yang lepas telah diputuskan pemberian bonus RM500 akan dikreditkan pada 7 Jun nanti.

Sebelum ini pada awal Januari lepas, penjawat awam telah pun menerima insentif bonus RM1,000 manakala pesara kerajaan menerima RM500.

Bonus Raya Penjawat Awam 2018

Mengikut pembentangan bajet yang lepas, penjawat awam akan menerima baki RM500 sebagai bonus Aidilfitri.

Pesara kerajaan turut menerima RM250 menjelang Hari Raya Puasa nanti.

Bonus raya akan dibayar mengikut jadual gaji yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan, bayaran bonus ini hanya untuk pegawai yang telah berada dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut, termasuklah:

  • pegawai lantikan tetap
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • pegawai yang bercuti separuh gaji
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya

Guru interim juga akan turut menikmati pemberian bonus raya kali ini.

Pegawai Tidak Layak Bayaran Khas Aidilfitri

Mana-mana pegawai yang telah ditahan kerja, digantung kerja atau telah menerima surat pertuduhan Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pembayaran bonus khas Aidilfitri ini.

Pegawai hanya layak menerima bonus jika didapati tidak bersalah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA di sini.

Leave a Comment

Gaji Tak Cukup? Belajar Cara Buat 4 Angka Seminggu di ShopeeDownload Ebook
+ +