Penyata Gaji Online: Semakan Slip e-Penyata Gaji 2018

Berikut panduan mendapatkan slip e penyata gaji terkini dari portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penyata gaji sangat penting terutama jika anda mahu membuat pinjaman bank bagi pembelian rumah, kereta dan sebagainya.

Sebelum login ke sistem e-Penyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pastikan anda baca tutorial ini terlebih dahulu.

Isi Kandungan

Jadual Gaji 2018
Manual Sistem Penyata Gaji
Cara Membuat Turun Penyata Pendapatan
Lupa Kata Laluan
Pentingnya Slip Gaji


e-Penyata Gaji kini boleh diakses secara online bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan mencetak emaklum penyata gaji terkini.

Sebagai pengguna kali pertama, anda WAJIB mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu.

Sebelum mendaftar, pastikan anda sediakan beberapa maklumat penting seperti berikut:

  • No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
  • No. Gaji (boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
  • Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

login e-penyata gaji

Jadual Gaji 2018

Sebelum itu, berikut adalah jadual gaji / tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2018 (mengikut bulan).

Untuk makluman, Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling untuk memaklumkan pembayaran gaji bulan Julai 2018 diawalkan seminggu.

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis); Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis); Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31 (Khamis) Mei 2018
  • Jun – 7hb (Khamis); Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa); Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis); Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
  • Disember – 24hb (Isnin); Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)

Manual Sistem Penyata Gaji 2018

Manual ini adalah panduan cara menggunakan sistem tersebut.

Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.

Perisian yang diperlukan untuk mengakses sistem Penyata Gaji online ialah web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer (version 9 dan ke bawah).

Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah diperlukan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

Sila login menggunakan link berikut: http://www.anm.gov.my/index.html

Pada laman utama portal ANM, sila klik “Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan” kemudian anda akan dibawa ke login page sistem tersebut.

slip gaji online

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, sila klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Maklumat berikut akan dipaparkan:

epenyata gaji login

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK.

Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.

Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin berikut akan dipaparkan.

penyata gaji anm

Sila klik “Daftar Masuk” untuk login ke sistem Gaji ANM.

Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.

Setelah berjaya, skrin berikut akan dipaparkan:

elaporan anm

Penting untuk anda kemaskini profil terutama bahagian emel dan nombor telefon supaya sistem boleh menghantar kata laluan baru sekiranya anda terlupa kata laluan.

Cara Memuat Turun Penyata Pendapatan

Selepas login masuk ke sistem tersebut, pada paparan seperti berikut sila klik submenu “Sendiri” untuk download penyata gaji masing-masing.

sistem gaji

Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, sila pilih Penyata Gaji > Sendiri. Kemudian pilih Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.

Jadual Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem.

Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata tersebut dalam media komputer anda.

Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

penyata pendapatan tahunan

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari sistem tersebut. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.

Lupa Kata Laluan E-Penyata Gaji

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem E-Penyata sila masuk ke skrin Daftar and klik pada “Lupa Kata Laluan”.

Sejurus selepas mengaksesnya, anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada kali pertama.

Jika soalan dan jawapan adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan dinyatakan untuk akses semula ke dalam sistem.

Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar Semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No. Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.

E-Penyata merupakan sistem daftar masuk ANM untuk menyemak, mengakses dan print slipgaji Kakitangan Kerajaan secara online dan secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Sistem ini juga akan mengalami had akses terhad atau dalam status sistem maintenance dari masa ke semasa untuk mengendali, mengemaskini maklumat dan update laman rasmi E-Penyata.

Ia merupakan rutin untuk menentukan operasi sistem yang terkini dan penambahbaikan keselamatan penggunaan sistem akses dan mutu perkhidmatan laman penyata gaji online.

Jika perlu, sila rujuk kepada tatacara dan panduan penggunaan diatas. Harap maklum.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk panduan yang disediakan JANM di bawah:

Pentingnya Slip Penyata Gaji

Setiap majikan WAJIB menyediakan slip penyata gaji kepada pekerja setiap bulan.

Ini bagi memudahkan pekerja menyemak segala butiran gaji termasuk caruman KWSP, SOCSO, elaun dan sebagainya.

Dan penyata ini juga akan digunakan oleh pihak bank sama ada untuk meluluskan pinjaman anda atau sebaliknya.

Jadi pastikan setiap bulan anda dapat slip gaji dan simpan di tempat yang selamat.

Diskaun RM120 Untuk Booking Mana-Mana Homestay di AirbnbDaftar Sekarang
+ +